Assalamualaikum...
Bila cakap tentang exam, mesti kita fikir satu, STRESS!!
Kita nak study, kena stay up, kena perform sebab dari exam la kita dinilai pencapaian semasa. Nanti kita kena tunjukkan kat orang lain yang kita boleh terutama mak bapak kita. Nanti kawan-kawan banding-bandingkan.
Kita mesti bersedia dengan apa jua kemungkinan yang mungkin kita hadapi. Tak kiralah berat mana yang kita perlu tanggung, tapi sebagai manusia kita perlu bersedia. Takdir? Kita tahu? Kalau dunia, KITA BELAJAR SELEPAS UJIAN tapi kalau exam KITA BELAJAR SEBELUM UJIAN. Kematian? Kita tahu bila kita nak mati?
Dalam exam, kita janganlah gelojoh nak jawab exam tu laju-laju. Ye! Memang kita nak cepat tapi kalau nak cepat sangat tulis pun ilmu boleh lari dari otak. Kalau sebelum amik exam tu, saranannya jangan baca buku dah, sejam sebelum exam, kita bincang dengan kawan-kawan apa yang kita dah belajar. Kalau belajar lagi waktu tu dikhuatiri rasa gemuruh yang berlebihan. Macam kita dah nak taubat sebelum kematian, taubat kita diterima ke?
Dalam jawab exam juga, kita perlu waspada dengan jawapan yang diberikan, kadang-kadang jawapan tu mengelirukan kita tapi kita jangan risau, sebenarnya ada keyword di soalan yang akan membantu kita. Kalau dah taktau sangat jawapan, rendah-rendahkanlah ego, ingat yang kita ada Maha Esa, mohon kat Tuhan. Tapi baru sekarang nak ingat Tuhan?
Hasilnya mungkin seperti di atas, mungkin juga sebaliknya. Tetapi janganlah bersedih sebab sebenarnya inilah ujian dunia yang sebenar. Kita dapat markah tinggi mungkin sebab kita belajar? Meniru? Betul-betul bersedia? Tapi bila kita dapat markah rendah, sebenarnya bukan sebab kita kurang pandai tapi sebenarnya untuk kita lebih berusaha supaya sampai ke garisan penamatnya nanti kita dapat buat yang terbaik. Sama dengan ujian dunia, bila kita tak dapat menyelesaikan masalh, kita akan belajar daripada kesilapan kita sendiri dan buat yang terbaik di masa akan datang. Tapi adakah ujian sama?
No comments:
Post a Comment