Assalamualaikum..
Hari yang teruk untuk seorang pelajar di sekolah menengah elit di Malaysia. Mungkin inilah cabaran yang Tuhan nak duga kita? Atau mungkin ini hasil setelah apa yang kita usahakan? Atau mungkin ini balasan atas apa yang kita lakukan terhadap orang lain? Kita pernah fikir hubungan kita dengan Tuhan dan hubungan kita dengan manusia? Mungkin itu sebagai penghalang kita untuk berjaya?
Sedih kan bila dapat markah rendah? Rasa hina, rasa putus asa, takda semangat dan paling penting sekali rasa malu. Bila dapat markah yang rendah, kita sendiri akan rasa malu untuk tunjuk kertas kita, untuk ajar orang lain lagi-lagi dalam sekolah elit ni. Dapatnya semua yang jenis bijak pandai, kalau markah bawah 50% memang takda orang nak pandang lah kan? Walhal bawah 80% pun tak cukup lagi untuk jadi antara yang cemerlang kat sini. Mungkin itu lah satu saingan secara sihat yang kita perlu ada supaya kita lebih memajukan diri kita? Cuba bayangkan, kita berada dalam sekolah elit yang semuanya pandai, bila kita dapat markah rendah kita akan tengok sekeliling dengan markah 70% ke atas. Tepuk dada tanya selera, kita akan rasa hina atau kita rasa tecabar?
Sahabat, jangan kita rasa hina kerana di dunia semua manusia sama malahan sebenarnya kalau Tuhan nak uji maknanya Tuhan masih ingat kat kita. Jangan bersedih. Kalau dekat sekolah ni, kita akan sentiasa terasa tercabar sebab orang lain boleh senang-senang je dapat markah tinggi, tapi kita dah bersusah payah cuma dapat tak lebih separuh?
Kita gunakan rasa tercabar kita itu supaya lebih berusaha di masa akan datang.
Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya, kan?
Kita jangan amik negatif. Bila kita gagal, kita anggap supaya sebenarnya kegagalan itu nak suruh kita belajar lebih sikit untuk lebih berjaya dan mengatasi orang lain. Cuba kita bayangkan kalau kita dapat markah 100%. Kemungkinan besar nanti kita akan rasa bangga dan riak, akhirnya kita rasa kita dah cukup pandai dan tak belajar untuk exam selanjutnya. Sebab tu kita dapat gagal untuk exam yang awal-awal ni supaya exam yang terakhir dan sebenar nanti kita dapat yang terbaik hasil kita belajar daripada kegagalan sebelumnya. Hanya orang yang tabah dapat menjalani kehidupan sebegini.
Lebih baik berada di dunia yang tersendiri daripada tidak berada di mana-mana.
Kalau kita nak berjaya, kita perlu sentiasa ada sasaran, ada usaha dan ada landasan kita sendiri. Itu sebagai panduan kita untuk menghampiri kejayaan. Dengan landasan dan sasaran, kita tidak akan keluar daripada landasan kita sendiri.
Kalau kita ada kawan yang baik, belajar dengannya, kita tengok apa lebihnya dia dengan kita. Tapi bukan untuk membanding-bandingkan cuma sebagai contoh baik yang boleh kita ikut. Di samping ini semua, jaga hubungan dengan Allah dan juga sesama manusia. Jangan kacau orang lain. Hidup kat dunia ni ada hukum karmanya. Jangan ingat kita boleh selamat kat dunia.
Jaga hubungan dengan Allah, jaga solat, jaga perkataan, jaga perbuatan dan jaga pemikiran.
Kalau kita nak orang ingat kat kita, kita ingat kat orang tu.
Samalah dengan Tuhan.
Kalau kita dah pandai tu, tolonglah orang yang lemah, jangan asyik bangga dan nak berjaya seorang diri. Tak maju bangsa kalau ada yang jenis camni. Ajar orang lain akan buat kita lagi pandai.
No comments:
Post a Comment