Assalamualaikum..
Kepada calon SPM'13 batch'96 , saya ucapkan selamat mengharungi hari-hari yang terakhir zaman persekolahan sebelum menjejakkan kaki ke alam remaja. Sedar tak sedar, kalian sudah hampir ke garisan penamat dan hanya tinggal lebih kurang 4 bulan sebelum Sijil Pelajaran Malaysia. Alahai, setakat PMR tu apalah sangat kan? Kita setakat boleh belajar sehari sebelum PMR je, kan? Kawan-kawan PMR tu lain sangat kalu nak dibandingkan dengan SPM ni. Jauh sangat bezanya.
Mungkin ada yang segelintir kita beranggapan bahawa SPM ni tak adalah penting sangat kerana ianya cuma sijil akademik yang semua orang boleh mengambilnya. Memang benar!! Pada zaman pekerjaan itu nanti bukan kecemerlangan atau kepandaian banyak diperlukan cuma kegigihan yang lebih dititikberatkan. Tetapi, perlu kita ingat bahawa SPM ini sebagai penanda aras buat kita untuk menunjukkan kita di tahap yang mana untuk memohon sesuatu pekerjaan yang baik. Konklusinya, Sijil Pelajaran Malaysia ini sebagai syarat kelayakan untuk kita melanjutkan pelajaran di tempat yang baik dengan keadaan yang baik dalam masa yang baik. SPM ini sebenarnya sebagai ujian kecemerlangan kita untuk melanjutkan pelajaran dalam budang yang kita minati berdasarkan pencapaian kita itu. Oleh itu, calon SPM'13 perlu mengambil SPM ini.
Mungkin ada juga segelintir daripada calon yang takut dan berdebar-debar untuk menghadapi SPM itu. Bagi saya, tidak perlu takut, tidak perlu risau kerana kita tetap akan menghadapinya juga. Tak bermaksud langsung tidak risau, cukup ala kadar risaunya untuk mengingatkan diri sentiasa untuk persediaan sebelum peperiksaan. Yang menjadi masalahnya sekarang adalah calon yang begitu risau sehinggakan taku, sedih, dan kecewa dengan pencapaian semasa dan persediaan SPM. Tenang kawan-kawan. Yang lau biarkan ia berlalu pergi. Jadikan ia teladan dan pengajaran buat kita.
Tetapi bagi saya, yang merisaukan saya adalah subjek bahasa Inggeris kerana pencapaian saya dalam subjek ini tidak menentu. Kekadang rendah kekadang tinggi, dan terutamanya jika karangan keluar dalam ujian. Begitu sukar untuk menguasai bahasa asing. Kenapa kita perlu belajar BI? Pendapatku, mungkin Malaysia mensasarkan ramai daripada pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran ke luar negara selepas sekolah menengah.
Mungkin juga negara Malaysia ke arah negara membangun untuk menjadi negara yang di kalangan yang terbaik. Tetapi kita juga tidak menafikan bahawa bahasa Melayu juga perlu diperkasakan supaya orang asing yang mengunjung ke negara kita dapat mempelajari bahasa kita juga.
Bukan sahaja kita yang menguasai bahasa mereka, malah begitulah sebaliknya. Kita ambil contoh di Jepun, mereka langsung tidak menggunakan bahasa asing kerana ingin memartabatkan bahasa mereka. Daripada majlis yang sekecil-kecil jamuan sehingga ke besar-besar program atau aktiviti antarabangsa, mereka tetap menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantara mereka.
Saya di sini, ingin mengambil peluang untuk meminta pendapat anda semua, bagaimanakah cara untuk kita menguasai bahasa Inggeris? Mungkin kita boleh berkongsi pengalaman atau ilmu? Ramai juga bangsa Melayu yang kurang mahir dalam bahasa Inggeris kerana tidak sering berkata-kata dalam bahasa Inggeris. Menjadi kebiasaan orang Melayu yang tidak memajukan bangsa sendiri iaitu mengejek atau memerli orang Melayu sendiri yang ingin belajar Bahasa Inggeris.
No comments:
Post a Comment